Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone Xr dilancarkan dengan harga lebih murah

Selain Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max, Apple juga melancarkan iPhone Xr yang hadir dengan reka bentuk yang sama seperti iPhone Xs namun dengan harga penjualan yang lebih berpatutan.

iPhone Xr hadir skrin paparan LCD berukuran 6.1-inci yang dikenali sebagai Liquid Retina dan diiktiraf sebagai skrin paparan LCD terbaik dipasaran.

Selain itu, Apple iPhone Xr turut juga akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk ditawarkan di pasaran dengan pemproses 7nm iaitu A12 Bionic ( Kirin 980 turut hadir dengan cip 7nm).

Apple iPhone Xr hanya memiliki satu unit kamera dibahagian belakang iaitu sensor lensa lebar 12MP yang turut disertakan pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max dan ianya turut menyokong pengambilan gambar portrait.

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 4,135

Kamera selfie iPhone Xr adalah adalah 7MP yang turut hadir dengan teknologi FaceID yang lebih maju seperti pada Xs dan Xs Max namun tiada sokongan 3D Touch.

Apple iPhone Xr akan ditawarkan didalam 6 warna menarik iaitu biru, emas, hitam, kuning, putih, koral dan merah (Product RED).

Apple iPhone Xr akan mula memasuki pasaran lebih lewat berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max iaitu mulai 26 Oktober.

Harga penjualan iPhone Xr adalah seperti berikut :

iPhone Xr 64GB – $749 (RM 3,100)

iPhone Xr 128GB – $799 (RM 3,307)

iPhone Xr 256GB – $899 (RM 3,721)

Tarikh penjualan dan harga iPhone Xr di Malaysia juga tidak diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.