Samsung Galaxy Note9 menduduki tempat ke-3 ujian kamera DxOMark
Samsung Galaxy Note9 yang dilancarkan baru-baru ini telah melalui ulasan kamera dari DxOmark dan ianya menerima jumlah mata keseluruhan yang baik.
DxOmark memberikan Samsung Galaxy Note9 mata keseluruhan 103 iaitu ditempat ketiga dibelakang Huawei P20 Pro dan HTC U12+.
Samsung Galaxy Note9 menerima 107 mata bagi penggambaran manakala bagi video, DxOMark hanya memberikan 94 mata.
Secara keseluruhan, mata yang diperoleh Galaxy Note9 ini adalah sama dengan HTC U12+.
10 telefon pintar dengan kamera terbaik DxOMark adalah Huawei P20 Pro, HTC U12+, Samsung Galaxy Note9, Huawei P20, Samsung Galaxy S9 Plus, Xiaomi Mi 8, Google Pixel 2, Apple iPhone X, Huawei Mate 10 Pro dan Xiaomi Mi 2S.
Carta ini dijangka akan berubah lagi kerana pelancaran Apple iPhone yang baru akan berlangsung esok sebelum pelancaran Google Pixel 3 dan Pixel 3XL pada 9 Oktober diikuti dengan pelancaran Huawei Mate 20 Huawei Mate 20 Pro akan berlangsung pada 16 Oktober.
lihat kedudukan telefon pintar anda di sini