Honor 8X dan 8X Max dilancarkan dengan harga dari RM 841
Honor secara rasminya telah memperkenalkan dua model telefon pintar baru yang dikenali sebagai Honor 8X dan Honor 8X Max.
Honor 8X hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Kirin 710, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB, 64GB atau 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Kamera 8X adalah 20MP + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0
Beralih kepada Honor 8X Max, ianya hadir dengan skrin paparan gergasi berukuran 7.12-inci dengan reka bentuk skrin waterdrop dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
Tidak seperti Honor 8X, Honor 8X Max hadir dengan pemproses Snapdragon 636 dengan 4GB RAM ( versi SD660 dengan 6GB RAM akan mula ditawarkan pada bulan Oktober).
Honor 8X Max hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP+2MP manakala kamera selfie 8MP f/2.0.
Honor 8X dan Honor 8X Max akan mula ditawarkan pada 11 September ini dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor 8X 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 841)
Honor 8X 6GB/64GB – CNY 1,599 (RM 961)
Honor 8X 6GB/128GB – CNY 1,899 (RM 1,141)
Honor 8X Max pula hadir dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor 8X Max 4GB/6GB – CNY 1,499 (RM 901)
Honor 8X Max 4GB/128GB -CNY 1,799 (RM 1,081)