Stor LazMall dilancarkan secara rasmi dengan penghantaran dalam masa 24-jam
Lazada Malaysia secara rasminya telah melancarkan LazMall yang merupakan stor rasmi di Lazada Malaysia bagi jenama-jenama antarabangsa, wakil penjual rasmi dan jenama atas talian terkemuka.
Apa yang menarik adalah, produk yang dijual pada stor LazMall ini adalah 100% tulen dan akan dihantar kepada pembeli didalam masa 24-jam dengan 15-hari polisi pemulangan (hampir 500 jenama rasmi kini dibawah LazMall).
Lazada merupakan platform e-perdangangan pertama untuk menawarkan penghantaran hari seterusnya dengan purata 1.2 hari dari waktu pembelian (buat masa ini di Lembah Klang sahaja).
Selain itu, produk yang beli di stor LazMall juga juga boleh dipulangkan didalam masa 15 hari selepas pembelian tanpa sebarang kos dengan 2,000 pusat pemulangan diseluruh Malaysia.
Selain pelancaran rasmi LazMall, Lazada juga telah mengumumkan kempen penjualan terbaru mereka yang dikenali sebagai 9.9 yang akan dijalankan serentak di 6 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kempen Shopee 9.9 kembali lagi dengan diskaun sehingga 99%.
Mulai 1 September, pengguna sudah boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ‘crazy deals’ dan permainan “Shake It” yang membolehkan anda memenangi bauchar dan tawaran menarik.
Penjualan akan bermula pada tengah malam 9 September ini.