Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo dan Vivo mengesahkan bahawa harga telefon pintar mereka tidak naik selepas SST

Oppo dan Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa harga penjualan telefon pintar mereka tidak akan naik akibat cukai SST yang mula dikutip sejak 1 September.

Pengesahan ini telah dibuat oleh kedua-dua syarikat ini dan ianya sudah pasti disambut baik oleh peminat telefon pintar Oppo dan Vivo.

Walaupun mengesahkan bahawa harga penjualan model semasa Oppo dan Vivo tidak akan naik, masih menjadi tanda tanya sama ada model baru yang akan dilancarkan selepas ini akan hadir dengan harga yang telah dikenakan cukai SST ataupun tidak.

IMG_5757.jpeg

Vivo Malaysia telah mengeluarkan senarai harga peranti mereka yang ditawarkan di pasaran tempatan dan ianya adalah seperti berikut :

Vivo NEX – RM 2,799

Vivo V9 – RM 1,099

Vivo X21 – RM 2,299

Vivo Y53 – RM 469

Vivo Y85 – RM 999

IMG_5756.jpeg

Bagi Oppo yang memiliki portfolio produk yang lebih besar tidak memberikan kita maklumat harga setiap peranti yang ditawarkan di Malaysia namun model seperti Oppo Find X dan Oppo F9 kekal ditawarkan pada harga yang sama seperti sebelum ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.