Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba VAIO S11 dan S13 kini ditawarkan di Malaysia

Komputer riba VAIO kini secara rasminya telah kembali ke pasaran Malaysia dan sebagai permulaan, sebanyak dua model VAIO dibawa masuk iaitu VAIO S11 dan S13.

VAIO S11 hadir dengan skrin paparan IPS FHD berukuran 11.6-inci, pemproses Core i5 generasi ke-8, 8GB LPDDR3, storan SSD 256GB atau 512GB (PCle SSD), Intel UHD Graphics 620, kamera WEB 1MP CMOS dan sensor capjari terbina.

VAIO S11 juga hadir dengan jangka hayat bateri selama 11 jam dengan satu pengecasan.

VAIO S11 ini hadir didalam 5 warna iaitu hitam, perang, merah jambu, perak dan putih dengan harga penjualan RM 6,499 sehingga RM 6,699.

Beralih kepada VAIO S13 pula, ianya hadir dengan panel skrin IPS FHD berukuran 13.3-inci, dua pilihan pemproses generasi ke-8 Intel i5 atau Intel i7, RAM 8 atau 16GB LPDDR3, storan SSD 256GB atau 512GB (PCle SSD), Intel UHD Graphics 620, kamera WEB 1MP CMOS dan sensor capjari terbina.

VAIO S13 hadir dengan jangka hayat bateri selama 8 jam dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam atau perak dengan harga penjualan dari RM 6,199 sehingga RM 8,399.

VAIO S11 dan S13 akan mula dijual 18 Ogos ini dan pembeli terawal akan menerima satu tahun jaminan waranti tambahan bernilai RM 399.

Pembelian VAIO S11 atau S13 boleh dibuat di roadshow VAIO di Plaza Lowyat, kedai digital dan di Lazada Malaysia.

Produk VAIO ini akan turut dipamerkan di Malaysia IT & Electrical Appliances yang akan berlangsung di MidValley mulai 31 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.