Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 disahkan akan memiliki kamera selfie 25MP

Oppo F9 disahkan akan memiliki kamera selfie 25MP 1

Oppo F9 disahkan akan memiliki kamera selfie 25MP 2

Oppo F9 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Ogos ini.

Sebelum ini Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan “water-drop”, pengecasan VOOC yang menawarkan pengunaan 2 jam dengan 5 minit pengecasan dan telefon pintar pertama didalam siri F untuk hadir dengan dwi-kamera.

Kini satu lagi ciri Oppo F9 telah disahkan dan ianya adalah ciri yang amat penting yang bakal menjadikanya telefon pintar ini sebagai antara pendahulu didalam pasaran selfie.

Oppo F9 telah disahkan akan hadir dengan kamera selfie 25MP yang hadir dengan perisian AI Beauty 2.1.

Oppo F9 disahkan akan memiliki kamera selfie 25MP 3

AI Beauty 2.1 membolehkan anda melihat kesan kecantikan yang dikenakan pada wajah anda sebelum anda mengambil gambar.

Selain itu, kamera selfie Oppo F9 juga memiliki sensor HDR yang memberikan anda gambar dan pencahayaan yang lebih baik.

Kesemua spesifikasi Oppo F9 akan didedahkan secara rasmi pada 16 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.