Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6
Pengeluar gelas perlindungan telefon pintar iaitu Corning telah mengeluarkan generasi baru gelas mereka iaitu Corning Glass 6.
Corning Gorilla Glass 6 ini telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan syarikat ini kini telah mengesahkan bahawa Oppo akan menjadi syarikat pertama untuk menggunakan gelas ini pada telefon pintar mereka.
Bercakap mengenai generasi ke-6 gelas Corning Gorilla ini, ianya dikatakan 2 kali lebih kukuh berbanding Gorilla Glass 5 yang diatas kertas, gelas ini mampu menahan 15 jatuhan dari ketinggian 1 meter dan lebih mudah menyerap tekanan.
Corning berjaya menghasilkan gelas yang lebih kukuh ini hasil komposisi kimia yang baru.
Teka-teki mengenai model mana yang akan hdir dengan Corning Gorilla Glass 6 ini nampaknya sudah terjawab dengan Oppo R17 yang diperkatakan.
Sebagai rekod, Oppo Find X yang dilancarkan bulan lalu hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Sehingga kini, gelas keselamatan Corning Gorilla Glass telah digunakan pada hampir 6 bilion peranti yang merangkumi 45 jenama utama.