Honor Note 10 dengan teknologi grafik Double Turbo dilancarkan secara rasmi
Honor secara rasminya telah melancarkan phablet Honor Note 10 mereka dan ianya menjadi satu lagi model untuk hadir dengan pemproses kelas flaghsip Kirin 970.
Honor Note 10 hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.95-inci dengan resolusi 1080 x 2200 dan menariknya tanpa notch namun dengan sokongan HDR 10.
Pemproses Kirin 970 yang dimiliki oleh Honor Note 10 ini dipadankan dengan tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6GB/64GB, 6GB/128GB dan 8GB/128GB.
Honor Note 10 ini hadir dengan sokongan GPU Turbo selain mod Double Turbo yang boleh diaktifkan dengan menekan butang fizikal khas.
Honor Note 10 hadir dengan kamera utama 24MP + 16MP yang mana kedua-dua sensor ini memiliki aperture f/1.8 manakala kamera selfie adalah unit 13MP dengan aperture f/2.0.
Seperti biasa, AI memainkan peranan penting pada kamera dan butang fizikal mod Double Turbo turut boleh digunakan sebagai butang kamera.
Honor Note 10 ini hadir dengan EMUI 8.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo dan terdapat bateri gergasi 5,000mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.
Bercakap mengenai harga penjualan di China, Honor Note ini akan ditawarkan pada harga penjualan seperti berikut :
Honor Note 10 6GB/64GB – CNY 2,799 (RM 1,666)
Honor Note 10 6GB/128GB – CNY 3,199 (RM 1,904)
Honor Note 10 8GB/128GB – CNY 3,599 (RM 2,142)
Honor Note 10 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru dan bercakap mengenai status penawaran model ini ke pasaran antarabangsa, tiada sebarang maklumat rasmi diketahui setakat ini.