Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6 didalam warna emas putih kini di Malaysia

OnePlus 6 yang telah dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu kini ditawarkan didalam warna putih emas.

Sebelum ini, OnePlus 6 hanya ditawarkan didalam warna hitam dan penawaran warna putih emas ini tiba selepas OnePlus 6 ini memasuki pasaran Malaysia pada bulan Jun yang lalu.

Tidak seperti warna hitam , OnePlus 6 warna putih emas ini hanya hadir didalam varian 8GB RAM + 128GB memori dalaman dengan harga penjualan RM 2,799 iaitu RM 400 lebih mahal berbanding versi 6GB/64GB yang ditawarkan pada harga RM 2,399.

OnePlus 6 warna putih emas ini boleh dibeli melalui stor rasmi OnePlus Malaysia di Lazada sekarang.

Beli OnePlus 6 di SiNi 

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, OnePlus 6 ini hadir dengan reka bentuk skrin 19:9 yang tidak asing lagi di pasaran dan model kedual selepas OnePlus 5T untuk menggunakan nisbah skrin ini.

OnePlus 6 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.28-inci yang mempunyai resolusi 1080 x 2280 yang menyokong sRGB dan DCI-P3.

OnePlus 6 hadir dengan kamera dwi-sensor 16MP + 20MP yang lebih baik dengan sokongan OIS. Sensor utama OnePlus 6 juga didakwa 19% lebih besar berbanding OnePlus 5T.

Kamera ini mampu merakam video 4K pada kadar 60fps, video gerak perlahan 480fps beresolusi 720p (tempoh rakaman 3.75 saat), sokongan smart capture dan mod HDR yang lebih baik.

Pengaruh AI kini telah tiba kepada OnePlus 6 dan ianya mempunyai fungsi untuk mod portrait pada kamera hadapan 16MP dan juga sebagai ciri keselamatan face unlock sepantas 0.4saat.

OnePlus 6 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 selain rangka berasaskan keluli.

OnePlus 6 ini juga hadir dengan perlindungan air yang minima dengan tahap IP adalah IP54.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.