Oppo Find X disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi
Oppo Find X yang dilancarkan secara rasmi bulan lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Oppo Malaysia telah mengesahkan perkara ini, dan ini bermaksud Oppo Find X akan menjadi telefon pintar kelas flagship yang akan menggantikan Oppo Find 7 yang diperkenalkan kira-kira 4 tahun lalu.
Telefon pintar flagship futuristik Oppo ini hadir dengan kamera tersembunyi yang merupakan satu ciri unik pada telefon pintar Find X ini.
Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo Find X hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080+ yang melengkung pada sisi dan tanpa sebarang ‘notch’. Skrin ini mempunyai nisbah skrin-kepada-badan yang amat tinggi iaitu 93.8%.
Oppo Find X hadir dengan kamera utama dwi-kamera 16MP + 20MP manakala kamera hadapan adalah unit 25MP yang turut hadir dengan sensor 3D Scanner yang berfungsi sebagai pengecaman wajah dan teknologi pencantikkan beautify.
Oppo Find X turut hadir dengan pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM, memori simpanan dalaman 256GB selain bateri berkapasiti 3,730mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC ( tiada pengecasan tanpa wayar).
Oppo Find X juga menjadi telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan slot USB-C yang mana turut menyebabkan penyingkiran slot audio 3.5mm dan tiada juga sensor capjari.
Oppo Find X hadir didalam dua pilihan warna iaitu gradiasi biru dan ungu.
Buat masa ini Oppo belum memberikan sebarang maklumat akan bila Find X akan dilancarkan di Malaysia namun ianya mungkin berlangsung bulan ini.
Harga penjualan Oppo Find X di Malaysia masih belum diketahui