Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma

Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma 1

Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma 2

Demam piala dunia FIFA yang sedang berlangsung di Russia semakin memuncak dengan pusingan kalah mati telah bermula sejak beberapa hari lalu.

Kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun ini sudah pastinya sesuatu yang tidak patut anda lepaskan khususnya bagi peminat bola sepak yang merupakan sukan no.1 di Malaysia.

Perlawanan kalah mati akan menyaksikan 16 pasukan berentap untuk menempatkan diri ke pusingan suku akhir sebelum berlangsungnya peringkat separuh akhir dan akhir.

Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma 3

Bagi anda yang ingin menonton kejohanan piala dunia FIFA ini secara percuma pada peranti pintar , anda boleh menontonya dengan memuat turun aplikasi RTM Mobile yang menyiarkan perlawanan ini secara langsung ataupun siaran tertunda.

Selain itu, perlawanan ini juga boleh ditonton secara percuma di Astro Arena melalui aplikasi Astro Go ( perlawanan tertentu sahaja).

Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma 4 Cara-cara menonton Piala Dunia FIFA secara percuma 5

Bagi anda yang ingin menonton kesemua perlawanan peringkat kalah mati piala dunia FIFA ini, anda boleh melanggan pakej FIFA World Cup peringkat kalah mati dengan bayaran RM 30 sahaja ( boleh dibeli melalui aplikasi Astro Go)  atau melanggan pakej Bola Raya RM 1 setiap perlawanan yang ditawarkan oleh Maxis dan Hotlink ( juga ditonton melalui Astro Go).

Muat turun aplikasi yang membolehkan anda menonton piala dunia FIFA dibawah :

RTM Mobile Android

RTM Mobile iOS

Astro Go iOS

Astro Go Android

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.