Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 1

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 2

Selain itu Mi 8, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi varian Mi 8 yang dikenali sebagai Explorer Edition yang hadir dengan sensor capjari terbina didalam skrin dan panel belakang lutsinar.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 3

Mi 8 Explorer Edition hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang mana cip ini anda boleh lihat dengan mata anda sendiri dan terdapat logo Qualcomm yang dicap di atas cip ini.

Xiaomi Mi 8 diumumkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,681

Telefon pintar ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama seperti Mi 8 yang biasa namun dengan 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 4

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition ini hadir dengan skrin paparan 18:7:9 berukuran 6.21-inci yang hadir dengan resolusi FHD+. Ianya adalah panel skrin AMOLED keluaran Samsung.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 5

Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition ini hadir dengan teknologi dwi-kamera 12 MP (f/1.8, 1.4µm) + 12 MP (f/2.4, 1.0 µm) dengan sokongan AI yang menawarkan penambahbaikan bagi lebih 200 adengan penggambaran. Walaupun memiliki resolusi yang sama, sensor utama kamera ini dibekalkan oleh Sony (IMX363) manakala sensor telefoto dibekalkan oleh Samsung (S5K3M3).

Selain itu, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition juga telah menerima markah keseluruhan DxOMark sebanyak 99 mata yang meletakkanya di atas Mi 2S dan juga iPhone X yang memperoleh 97 mata. Bagi kategori gambar sahaja, Mi 8 menerima 105 mata khususnya dengan teknologi pengambaran cahaya rendah yang lebih baik.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dengan panel belakang lutsinar turut dilancarkan 6

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition juga hadir dengan kamera selfie 20MP yang memiliki aperture f/2.0 dan dengan AI portrait selfie dan mod kecantikan AI.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan Quick Charge 4.0+, teknologi Dwi-GPS dan sensor capjari pada panel belakang.

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition ini akan ditawarkan didalam kapasiti RAM yang lebih tinggi iaitu 8GB dengan 128GB memori dalaman dan mempunyai harga penjualan CNY 3,799 ( RM 2,363).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.