Sebanyak 1 juta unit Honor 10 telah dijual dalam masa 30 hari
Honor 10 telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 1,699 yang meletaknya sebagai antara telefon pintar kelas flagship termurah di Malaysia.
Honor 10 sebelum ini telah dilancarkan di pasaran China dan Eropah dan laporan prestasi penjualan Honor 10 di pasaran tersebut adalah amat memberangsangkan.
Sebanyak 1 juta unit Honor 10 telah dijual didalam masa sebulan selepas pelancaran di China pada 27 April lalu yang mana secara purata sebanyak 34 ribu Honor 10 dijual setiap hari.
Di pasaran Eropah pula, sebanyak 100 ribu unit Honor 10 telah berjaya dijual dan ianya juga sesuatu yang baik memandangkan jenama Honor yang masih baru di benua tersebut.
Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 mungkin menjadi antara peranti terlaris dan dari 24 Mei sehingga 31 Mei ini, anda juga boleh mendapatkanya pada harga RM 1,599 sahaja.
nantikan ulasan Honor 10 kami tidak lama lagi dan ikuti perkembangan terkini dunia teknologi melalui laman FB MobileFokus