Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3E disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa Huawei Nova 3e akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Telefon pintar terbaru pro selfie didalam siri Nova ini akan tiba ke pasaran Malaysia selepas diperkenalkan di China pada bulan Mac yang lalu.

Huawei Nova 3E ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.84-inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2280) dan mempunyai reka bentuk hampir sama seperti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini.

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut memiliki lekukan pada skrin hadapan dan ianya akan menempatkan kamera selfie 24MP.

Beralih kepada kamera utama pula, Huawei Nova 3E akan memiliki kamera 16MP yang disertakan dengan sensor 2MP khususnya untuk pengambilan gambar portrait dan tiada sebarang kerjasam Leica pada model ini.

Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan pemproses Kirin 659 yang disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Nova 3E akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Pelancaran Huawei Nova 3E di Malaysia mungkin berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.