Honor 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei ini
Honor 10 yang akan dilancarkan secara rasmi di pasaran antarabangsa pada 15 Mei ini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 22 Mei ini.
Pelancaran antarabangsa ini akan menyusul selepas pelancaran Honor 10 bagi pasaran China telah dibuat pada bulan April yang lalu.
Honor 10 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.
Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 akan ditawarkan dengan pemproses Kirin 970 dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Bercakap mengenai bahagian kamera, Honor 10 memiliki tetapan dwi-kamera yang mempunyai posisi tradisional secara melintang dan bukanya menegak seperti pada P20 dan P20 Pro.
Ianya adalah unit kamera 16MP sensor RGB dengan aperture f/1.8 manakala sensor monokrom adalah unit 24MP.
Kamera belakang ini kehilangan kerjasama Leica namun dilihat masih mampu menawarkan pengalaman kamera setanding dengan Huawei P20.
Tempat penjenamaan Leica diambil alih oleh AI yang mempunyai pengaruh besar pada bahagian kamera Honor 10.
Kamera selfie Honor adalah 24MP dengan sokongan rakaman video 1080p manakala kamera hadapan mampu mengambil video pada kadar 4k.
Honor 10 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan HonorCharge 4.5A yang mampu menawarkan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 25 minit sahaja (USB-C).
Tidak seperti pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, Honor 10 masih mengekalkan slot audio 3.5mm dengan DAC 32-bit AK4376A dan teknologi audio Huawei Histen.
Huawei Honor 10 ditawarkan didalam 4 warna iaitu dua warna aurora ungu dan aurora hijau selain warna hitam dan kelabu.
Harga penjualan Honor 10 di Malaysia masih belum diketahui namun ianya akan menjadi antara telefon pintar ‘flagship’ termurah di pasaran.