Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite kini menyokong VoLTE dan VoWiFi

Huawei Nova 2 Lite kini menyokong VoLTE dan VoWiFi 1

Huawei Nova 2 Lite yang dilancarkan baru-baru ini kini diumumkan akan menawarkan sokongan perkhimatan VoLTE (voice over LTE)  dan VoWiFi ( voice over WiFi ) yang sudah pastinya akan menawarkan pengguna telefon pintar kemudahan membuat panggilan pada kualiti HD dan pada masa yang sama melayari internet tanpa sebarang gangguan.

VoWiFi pula membolehkan panggilan ke Malaysia dari luar negara disambungkan kepada WiFi sekaligus hanya dikenakan caj panggilan tempatan dan bukanya caj panggilan perantauan.

VoLTE kini ditawarkan kepada pengguna Nova 2 Lite yang menggunakan rangkaian Digi, UMobile, UniFi dan YES 4G manakala VoWIFI pula ditawarkan bagi pengguna Nova 2 Lite bawah rangkaian Digi dan UMobile.

Huawei Nova 2 Lite hadir dengan skrin paparan FullView FHD+ berukuran 5.99-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 430,  3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, Huawei Nova 2 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP pada bahagian belakang yang mempunyai fungsi kesan bokeh dan turut mempunyai pemfokusan PDAF dan flash led.

Bercakap mengenai fotografi selfie pula, Huawei Nova 2 Lite akan memiliki kamera 8MP dengan aperture f/2.0 yang turut memiliki teknologi lampu flash “Smart Selfie Toning Flash” yang mengubah cahaya flash untuk gambar selfie yang lebih semulajadi.

Selain itu, Huawei Nova 2 Lite juga memiliki sensor capjari, sokongan 4G LTE, teknologi pembukaan melalui wajah, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan pada harga RM 799 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.