Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5 dan ZenFone 5z tiba di Malaysia seawal bulan hadapan

Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z yang dilancarkan di Mobile World Congress dikatakan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mei atau Jun 2018.

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh pihak Asus Malaysia selain mengumumkan penurunan harga bagi Asus ZenFone 4 Max Pro.

Kedua-dua model atasan Asus ZenFone 5 ini mempunyai reka bentuk yang sama ala ‘iPhone X’ dengan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z juga telefon pintar terbaru untuk memiliki sokongan AI seperti AI Boost ( untuk permainan video), AI Photography, AI Display dan AI Ringtone serta tidak lupa juga ZeniMoji – avatar seperti Apple Animoji yang turut boleh digunakan pada panggilan video dan siaran langsung.

Asus ZenFone 5 dan ZenFone 5z hadir dengan skrin paparan Super IPS berukuran 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain lekukan seperti pada iPhone X namun pada skala yang lebih kecil.

Asus ZenFone 5 hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang menggagumkan iaitu 90%.

Beralih kepada pemroses yang digunakan, Asus ZenFone 5 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 manakala ZenFone 5z memiliki pemproses Snapdragon 845.

Bercakap mengenai RAM dan memori dalaman, Asus ZenFone 5 hadir didalam dua kapasiti RAM iaitu 4GB ataupun 6GB dengan satu kapasiti memori dalaman iaitu 64GB.

ZenFone 5z pula hadir dengan konfigurasi RAM dan memori dalaman yang berlainan iaitu 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB.

Bercakap mengenai kamera, Siri ZenFone 5 ini hadir dengan dwi-kamera dengan kamera utama adalah unit 12MP yang dibekalkan oleh Sony (IM363) dengan aperture f/1.8, OIS, Dual Pixel PDAF dan satu unit kamera kedua dengan lensa lebar 120 darjah ( resolusi tidak diketahui).

Selain itu, ZenFone 5 dan ZenFone 5z juga memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh Asus ZenFone 5 dan Asus ZenFone 5z adalah bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan AI), dwi-SIM, dua pembesar suara, earphone resolusi tinggi, Android Oreo dengan ZenUI 5.0.

Asus tidak memgumumkan harga bagi ZenFone 5z atau ZenFone 5, namun ZenFone 5z mempunyai harga penjualan €479 (RM 2,270) dipasaran Eropah.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.