Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 4 Max Pro kini ditawarkan pada harga RM 699 sahaja

 

Asus Malaysia telah mengumumkan bahawa Asus ZenFone 4 Max Pro kini ditawarkan pada harga RM 699 sahaja berbanding RM 899 sebelum ini.

Pengurangan harga terbaru bagi Asus ZenFone 4 Max Pro sudah pastinya disambut baik bagi anda yang berminat memiliki telefon pintar dengan bateri berkapasiti 5,000mAh ini.

Selain itu, antara ciri utama yang dimiliki oleh Asus ZenFone 4 Max Pro adalah skrin paparan IPS berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 430, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Asus ZenFone 4 Max Pro juga memiliki tetapan dwi-kamera 16MP yang turut menyokong pengambilan gambar potrait.

Asus ZenFone 4 Max Pro kini boleh dibeli secara atas talian di Lazada Malaysia.

Kami juga telah membuat ulasan komprehensif Asus ZenFone 4 Max Pro yang anda boleh baca disini untuk memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuan menyeluruh mengenai telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.