Samsung Galaxy Note9 mungkin dilancarkan lebih awal
Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mungkin telah berada di pasaran kira-kira satu bulan dan kini sudah mula kedengaran berita mengenai Samsung Galaxy Note9.
Telefon pintar Galaxy Note9 ini telah dikesan di pangkalan data Geekbench.
Samsung Galaxy Note9 dengan nombor model SM-N960U ( model untuk pasaran Amerika Utara) dan ianya hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan 6GB RAM – kapasiti sama seperti pada Note8.
Model prototaip ini juga hadir dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo yang mana model utama Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ hanya hadir dengan Android 8.0 ketika dilancarkan.
Samsung Galaxy Note9 mempunyai kemungkinan untuk menjadi peranti Samsung pertama untuk dilancarkan dengan Android 8.1 Oreo.
Samsung Galaxy Note9 dijangka akan dilancarkan lebih awal tahun ini iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos dan sebab utama pelancaran Note9 dibawa kehadapan adalah kerana prestasi penjualan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang tidak menepati sasaran.