Oppo R15 & R15 Plus akan dilancarkan pada 31 Mac
Oppo yang dilihat masih belum membuat sebarang pelancaran telefon pintar utama tahun ini nampaknya akan mengakhiri kemarau ini dengan pelancaran dua telefon pintar penghujung bulan ini.
Oppo akan melancarkan telefon pintar Oppo F7 pada 26 Mac dan diikuti Oppo R15 dan Oppo R15 Plus pada 31 Mac yang dilihat mempunyai spesfikasi yang baik.
Seperti biasa, Oppo R15 dan R15 Plus akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu dan kedua-dua model ini akan menjadi model terbaru untuk mempunyai reka bentuk skrin seperti Apple iPhone X atau lebih popular dengan gelaran ‘notch’.
Bercakap mengenai kamera, Oppo R15 dan R15 Plus akan hadir dengan kamera Sony IMX519 yang dijangka memiliki lensa 1/2.6 dengan 1.22-micron pixels.
Selain itu, Oppo R15 dan R15 Plus juga akan hadir dengan pemproses Qualcomm yang mempunyai platform AI iaitu siri 700 yang baru diumumkan syarikat ini.