Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

AirAsia kini menawarkan internet percuma kepada semua ahli AirAsia BIG

AirAsia kini menawarkan internet percuma kepada semua ahli AirAsia BIG 1

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia kini menawarkan pengunaan internet secara percuma bagi kesemua ahli AirAsia BIG yang terbang pada penerbangan yang menawarkan WiFi Rokki.

Ahli AirAsia BIG akan menikmati 2MB kuota percuma ketika diudara yang mana ianya boleh digunakan untuk menhubungkan anda dengan yang tercinta melalui aplikasi permesejan seperti WhatsApp, WeChat, LINE, Viber dan KakaoTalk.

Bagi menikmati perkhimatan percuma ini, pelanggan hanya perlu log masuk ke WiFi Rokki ketika penerbangan menggunakan ID AirAsia BIG dan untuk maklumat sebanyak 44 kapal terbang AirAsia mempunyai WiFi Rokki.

Selain menghubungkan anda dengan yang tercinta, Rokki juga menawarkan hiburan, muzik, permainan dan berita secara percuma melalui portal Rokki.

Maklumat lanjut boleh diketahui di sini

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.