Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar projektor Scanda kini ditawarkan di Malaysia

SCAND.A jenama baru didalam pasaran telefon telah mengumumkan ketibaanya ke pasaran Asia Tenggara dan India dengan pelancaran telefon pintar projektor yang dikenali sebagai Scandalize ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.T.M Raja Dato’ Seri Elena Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

Telefon pintar Scandalize ini adalah hasil kerjasama Clover Consulting International Limited( yang diketuai oleh pakar teknologi dari Malaysia) dan Guangzhou Super Grand Electronic Technology.

Tarikan utama telefon pintar Scandalize adalah penawaran fungsi projektor yang mempunyai jangka hayat 20,000 jam menggunakan teknologi German.

Selain itu, telefon pintar Scanda.a ini juga hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT 6735, 3GB RAM, 64GB ROM dan bateri berkapasiti 4,500mAh melalui pengecasan USB-C.

Scand.a scandalize ini juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan lensa Sony, kamera selfie 8MP, slot Dwi-SIM dan Android 7.0 Nougat.

Bercakap mengenai projektor telefon pintar ini, ianya merupakan lampu OSRAM LED dengan kecerahan 80 lumen dengan saiz penyuluhan sehingga 200 inci ( bateri mampu bertahan sehingga 6 jam dengan pengunaan projektor secara berterusan).

Scand.a scandalize ini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,488 namun anda boleh menempah telefon pintar ini pada harga RM 2,088 di laman rasmi Scand.a sekarang (terdapat 4 warna yang ditawarkan iaitu hitam, biru, merah dan kelabu).

Walaupun hadir dengan keunikan ciri projektor, harga penjualan telefon pintar ini adalah sedikit tinggi khususnya bagi jenama baru namun ianya sudah pasti akan menarik minat pembeli yang mengemarkan ciri unik ini.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.