Program penggantian bateri Apple iPhone mula ditawarkan di Malaysia
Selepas secara tidak langsung mengaku memperlahakan model iPhone yang lama, Apple telah mengumumkan penawaran penggantian bateri bagi model iPhone 6 dan ke atas pada harga diskaun.
Program penggantian bateri ini telah dimulakan diseluruh dunia mulai 1 Januari 2018 dan ianya kini turut ditawarkan di Malaysia melalui wakil pengedar sah seperti Machines dan Switch.
Senarai harga penggantian bateri di Machines dan Switch
Kos penggantian bateri bagi model-model lama iPhone adalah RM 129 dan ianya termasuk semua kos.
Selain iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple turut menawarkan diskaun penggantian bateri bagi model iPhone 7 , iPhone 7 Plus, iPhone 8 , iPhone 8 Plus dan iPhone X.
Jika anda perasan peranti anda mengalami masalah seperti ‘lag’ anda mungkin boleh membawa peranti anda ke mana-mana pusat servis Apple yang terdekat ( pastikan backup peranti anda).
Selain itu, jika peranti anda masih mempunyai waranti, kos penggantian bateri adalah percuma dan program penggantian bateri percuma ini akan berlangsung sehingga Disember 2018.