Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE 2 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan

Apple iPhone SE 2 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan 1

Apple iPhone SE 2 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan 2

Walaupun dianggap sudah tidak masuk akal, pendirian Apple yang mendakwa anda tidak memerlukan telefon pintar dengan skrin paparan melebihi 4-inci masih ada pengikutnya.

Satu-satu model yang memiliki skrin paparan 4.0-inci yang ditawarkan oleh Apple adalah iPhone SE dan ianya sudah hampir dua tahun dipasaran dan jika Apple mahu mengekalkan penawaran model mini ini, sudah tiba masanya generasi baru iPhone SE dilancarkan.

Laporan terbaru mendakwa Apple iPhone SE 2 akan dilancarkan secara rasmi pada suku pertama 2018 dengan anggaran saiz skrin antara 4.0-4.2-inci selain pengunaan cip Apple A10 yang digunakan pada Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Apple iPhone SE 2 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan 3

Selain itu, untuk mengekalkan posisi sebagai iPhone paling murah, komponen iPhone SE 2 dijangka diambil dari model lama seperti iPhone 7 dan iPhone 6s.

Apple iPhone SE yang baru dilaporkan akan dikilangkan di India namun akan ditawarkan secara global.

Jika iPhone SE yang baru menjadi kenyataan, tahun 2018 akan menyaksikan Apple melancarkan 4 model iPhone dengan tiga daripada model ini mempunyai reka bentuk yang sama seperti Apple iPhone X.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.