Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis akan membuka tempahan bagi iPhone X pada 17 November

Maxis akan membuka tempahan bagi iPhone X pada 17 November 1

Maxis akan membuka tempahan bagi iPhone X pada 17 November 2

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa Apple iPhone X akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 24 November dan kini Maxis telah mengesahkan bahawa tempahan iPhone X akan mula dibuka 17 November ini.

Seperti biasa, Maxis akan menawarkan Apple iPhone X melalui pelan Maxis OnePlan yang sudah pastinya hadir dengan rebat peranti dan kontrak 24-bulan.

Selain itu, Bagi pelanggan Maxis yang sudah bersama syarikat melebihi 1 tahun, bayaran pendahuluan akan dikecualikan.

Maxis akan membuka tempahan bagi iPhone X pada 17 November 3

Bercakap mengenai Apple iPhone X ini, ianya akan ditawarkan pada harga RM 5,149 bagi versi 64GB dengan versi 256GB ditawarkan pada harga RM 5,899.

Apple iPhone X akan ditawarkan didalam dua warna iaitu perak dan hitam.

Bagi anda yang berminat untuk membeli Apple iPhone X melalui Maxis boleh melakukan senarai semak awal untuk memudahkan proses tempahan pada 17 November ini.

Selain melalui Maxis, tempahan Apple iPhone X turut akan dibuka oleh wakil penjual sah Apple seperti Switch dan Machines Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.