Honor V10 dengan skrin tanpa bezel akan dilancarkan pada 5 Disember
Honor telah mengesahkan secara rasmi bahawa satu telefon pintar baru dengan skrin paparan tanpa bezel ‘Fullview’ akan dilancarkan pada 5 Disember ini.
Telefon pintar utama Honor ini akan hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD+, pemproses Kirin 970 yang digunakan pada siri Mate 10, 6GB RAM dan dua konfigurasi memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.
Selain itu, Huawei Honor V10 ini akan turut hadir dengan dwi-kamera 20MP + 16MP tanpa pensijilan Leica dan dijangka hadir dengan EMUI 8.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.
Majlis pelancaran Huawei Honor V10 ini akan diadakan di United Kingdom pada 5 Disember dengan harga penjualan di China dikatakan sekitar $450.
Maklumat penuh spesifikasi dan status penjualan Honor V10 dipasaran antarabangsa termasuk di Malaysia akan kami laporkan sejurus selepas majlis pelancaran telefon pintar selesai.