Kempen Lazada Online Revolution Kembali Untuk Tahun Ke-6 Dengan Jumlah Pemberian Bernilai RM 60 Juta
Lazada Online Revolution akan kembali lagi pada 11 November ini untuk tahun keenam dan Lazada menjangkakan 1 daripada 5 rakyat Malaysia akan melayari Lazada pada 11 November ini.
Dengan tema ‘Shop The Universe’, Online Revolution Lazada menjanjikan tawaran yang lebih hebat sepanjang kempen ini dengan 90 juta produk dan diskaun maksima sehingga 90%.
Kempen Online Revolution Lazada ini akan berlangsung mulai 11 November sehingga 14 Disember 2017 dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen seperti tawaran RM 1, pembelian kotak misteri dan penjualan kilat.
Kempen Lazada Online Revolution adalah kempen e-perdagangan terbesar di Asia Tenggara dan tahun ini Lazada juga menyediakan hadiah bernilai RM 60 juta dengan tiga hadiah utama adalah percutian di Club Med MaldivesĀ untuk 2 orang bernilai RM 15,000, Perodua Bezza 1.0 bernilai RM 40,000 dan pengalaman menikmati graviti sifar di Amerika Syarikat untuk dua orang bernilai RM 80,000.
Untuk rekod, Kempen Online Revolution Lazada tahun lalu menyaksikan sebanyak 3 juta pengguna telah melayari Lazada dengan 500,000 barang telah ditempah sepanjang kempen tersebut dan ketua pegawai eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel yakin bahawa tahun ini rekod ini akan diatasi dengan mudah.