Apple dijangka akan menawarkan dua model iPhone dengan skrin OLED pada 2018
Apple iPhone X yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-10 Apple iPhone merupakan telefon pintar pertama Apple untuk hadir dengan skrin paparan OLED dan kini penganalisa Apple di KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo meramalkan Apple akan menawarkan dua model iPhone 2018 dengan skrin paparan OLED.
Salah satu daripada model iPhone adalah pengganti kepada Apple iPhone X manakala satu lagi model yang akan menggunakan skrin OLED adalah versi Plus.
Pada tahun 2018, terdapat kemungkinan Apple iPhone XI Plus dengan skrin paparan 6.0-inci diperkenalkan.
Selain itu, Kuo juga meramalkan kesemua model iPhone 2018 akan hadir dengan teknologi kamera ‘True-Depth’ yang membolehkan penawaran teknologi FaceID dan Animasi Animoji.
Selain itu, Apple iPad Pro 2018 juga akan hadir dengan teknologi FaceID.
Seperti biasa, Ming mempunyai rekod yang amat baik didalam meramalkan apakah ciri-ciri yang akan ditawarkan pada produk Apple dan ramalan beliau yang terbaru juga mempunyai kebarangkalian besar untuk menjadi kenyataan.
Bercakap mengenai Apple iPhone X, ianya dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Disember 2017 atau Januari 2018 pada harga penjualan dari RM 5,149.