Oppo F5 dilancarkan secara rasmi dengan skrin 18:9 dan selfie berasaskan AI
Anda mungkin telah membaca laporan kami bahawa Oppo F5 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 2 November ini dan ianya akan memiliki teknologi pengecaman wajah pantas.
Walaupun hanya akan memasuki pasaran tempatan minggu hadapan, Oppo F5 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Filipina dengan harga penjualan FP 15,990 atau sekitar RM 1,310.
Bercakap mengenai Oppo F5 ini, ianya adalah telefon pintar pertama Oppo dengan skrin paparan 18:9 iaitu bersaiz 6.0-inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel (FHD+).
Oppo F5 juga memiliki pemproses Helio P23 daripada MediaTek, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/32 atau 6GB/64GB, bateri berkapasiti 3,200mAh dan ColorOS 3.2 yang berasaskan Android 7.1 Nougat.
Bercakap mengenai kamera, Oppo F5 mempunyai kamera belakang 16MP f/1.8 yang turut dilengkapi dengan flash LED manakala kamera selfie Oppo F5 adalah unit 20MP f/2.0 dengan sensor 1/2.8 yang turut memiliki perisian kecantikan AI Beauty ( turut menyokong pengambilan gambar potrait).
Selain itu, Oppo F5 turut memiliki sensor capjari dibahagian belakang, slot dwi-sim + microSD dan Bluetooth 4.2.
Oppo F5 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, merah dan emas.
seperti yang kami perkatakan diatas, pelancaran rasmi Oppo F5 di Malaysia akan berlangsung pada 2 November ini dan ianya akan turut dihadiri oleh artis tempatan seperti Fattah Amin.
Harga penjualan Oppo F5 dijangka sekitar RM 1,298 – RM 1,498