Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL dilancarkan secara rasmi
Google secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar Pixel yang dikenali sebagai Pixel 2 dan Pixel 2 XL.
Google Pixel 2 XL yang merupakan model lebih premium hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan LG V30 dengan pengunaan skrin paparan P-OLED.
Skrin paparan ini mempunyai nisbah 18:9 dengan ukuran yang sama seperti pada Pixel XL namun lebih tinggi ( beresolusi 1440*2800 dengan 538ppi).
Skrin paparan ini memiliki gelas perlindungan Gorilla Glass 5 ( panel belakang juga gelas) dengan rangka keseluruhan berasaskan aluminium yang turut mempunyai pensijilan kalis air IP67.
Bercakap mengenai kamera, Google dilihat masih belum mahu menyertai perlumbaan dwi-kamera dan Pixel 2 XL hadir dengan kamera 12MP yang memiliki OIS dan pemproses imej generasi baru selain kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.4.
Satu-satunya pemproses kelas premium yang tinggal untuk Google gunakan adalah Snapdragon 835 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB/128GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Pixel 2 XL juga memiliki bateri berkapasiti 3,520mAh, slot nano-SIM dan sokongan eSIM dipasaran tertentu.
Google Pixel XL 2 akan ditawarkan didalam warna hitam dan warna putih & hitam pada harga $850 (RM 3,596) bagi versi 64GB dan $950 (RM 4,019) bagi 128GB.
Tempahan kini telah dibuka di pasaran UK, Jerman, Amerikq Syarikat, India, Australia dan Canada ( percuma Home Mini). Tempahan akan turut dibuka di pasaran Itali, Singapura dan Sepanyol tidak lama lagi.
Beralih kepada Pixel 2 yang lebih seperti di alam nyata tanpa skrin paparan OLED dan dikeluarkan dengan kerjasama HTC.
Pixel 2 memiliki skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 5.0-inci yang turut memiliki teknologi HTC Squeeze yang membolehkan anda mengaktifkan beberapa fungsi dengan memicit sisi rangka.
Pixel 2 juga memiliki pemproses Snapdragon 835, kamera sama seperti Pixel 2 XL, 4GB RAM, memori simpanan dalaman 64GB/128GB dan bateri berkapasiti 2,700mAh.
Kedua-dua Pixel 2 ini memiliki Android 8.0 Oreo, ‘Always-On Display’, pembesar suara stereo, Bluetooth 5.0, pengecasan pantas, percuma ruang storan Google Photo dan slot USB-C.
Pixel 2 akan ditawarkan mulai 17 Oktober didalam tiga warna iaitu biru, hitam dan putih pada harga penjualan $650 (RM 2,750) bagi versi 64GB dan $750 (RM 3,173) bagi 128GB.