Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga RM 1,299

Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga RM 1,299 1

Anda sudah pasti sedia maklum bahawa Huawei Mobile Malaysia akan memperkenalkan Nova 2i pada 26 September ini dan kini harga penjualan telefon pintar ini nampaknya telah diketahui sebelum pelancaran rasmi.

Huawei Nova 2i dilihat hampir pasti merupakan Huawei Maimang 6 yang dilancarkan di pasaran China beberapa hari lalu dan ianya tepat dengan ramalan kami yang mengatakan ianya adalah Nova 2i walaupun ramai mendakwa ianya adalah Huawei Mate 10 Lite bagi pasaran antarabangsa.

Berdasarkan poster ini, Huawei Nova 2i akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan teknologi ‘Full View’.

Selain itu, Huawei Nova 2i akan hadir dengan pemproses Kirin 695, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh selain EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 2i hadir dengan 4 kamera iaitu pengunaan sensor dwi-kamera dihadapan dan belakang.

Huawei Nova 2i akan ditawarkan pada harga RM 1,299 2

Dibahagian belakang , Nova 2i mempunyai kamera 16MP + 2MP selain kamera selfie 13MP + 2MP.

Huawei Nova 2i juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2i ini dijangka akan ditawarkan didalam beberapa warna dengan harga penjualan yang amat berpatutan.

sumber : mdroid

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.