Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i akan dilancarkan September ini – dengan 4 kamera

Huawei Nova 2 Plus mungkin baru memasuki pasaran Malaysia namun Huawei Mobile Malaysia nampaknya akan menawarkan satu lagi model baru didalam siri Nova 2 ini tidak lama lagi.

Telefon pintar ini dijangka akan dikenali sebagai Huawei Nova 2i dan ianya dikatakan akan memiliki 4 unit kamera didalam dua unit kamera dihadapan dan dua unit kamera dibelakang.

Huawei Malaysia berkata telefon pintar Nova 2i ini hadir dengan nama ‘i kerana ianya adalah peranti invisble’ dan juga dikatakan mempunyai persamaan dengan Galaxy S8.

Selain itu, Huawei Nova 2i juga akan menjadi peranti yang lebih memfokuskan kepada penawaran selfie sama seperti Nova 2 Plus yang memiliki kamera selfie 20MP.

Huawei Nova 2i ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada bulan September 2017 dengan harga penjualan sekitar RM 2,000.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.