Xiaomi Mi 5X diumumkan secara rasmi – hanya RM 951
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Mi 5x yang hadir dengan reka bentuk baru selain sistem operasi MIUI 9 yang berasaskan Android Nougat.
Xiaomi Mi 5x ini memiliki reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan ianya turut memilik reka bentuk antena yang unik di pasaran selain sisi peranti yang bulat.
melompat terus kepada spesifikasi, Xiaomi Mi 5 ini hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.5-inci, pemproses Snapdragon 625 yang efisen, 4GB RAM, bateri berkapasiti 3,080mah dan satu kapasiti ROM iaitu 64GB.
Xiaomi Mi 5x ini juga memiliki teknologi kamera yang diambil dari Mi 6 dimana pada bahagian belakang, Mi 5x ini memiliki dua lensa kamera 12MP OV iaitu kombinasi lensa lebar dan lensa telefoto yang membolehkan pengambilan gambar potrait dan penawaran zoom optik.
Xiaomi Mi 5x ini akan ditawarkan di pasaran China pada harga penjualan CNY 1,499 ( RM 951) didalam 4 pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu.
Xiaomi tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai pelancaran Mi 5x ini ke pasaran antarabangsa.