Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova Lite kini ditawarkan pada harga RM 699

Promosi gila-gila Huawei kini kembali lagi iaitu sempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba dan tempoh promosi ini adalah sehingga 31 Ogos 2017

Walaubagaimanpun, seperti pada promosi gila-gila raya, promosi gila-gila pra-merdeka ini hanya menawarkan Huawei Nova Lite pada harga yang istimewa iaitu RM 699 sahaja.

Huawei Nova Lite ini boleh dimilik pada harga RM 699 bagi warna hitam dan emas namun jika anda ingin mendapatkan warna biru, ianya akan mempunyai harga penjualan RM 759.

Huawei Nova Lite hadir dengan skrin paparan HD Penuh 1080p bersaiz 5.2-inci, pemproses Kirin 655, 3GB RAM , 16GB ROM dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang dicas melalui microUSB.

Bercakap mengenai unit kamera yang dimiliki oleh Nova Lite ini, ianya memiliki kamera utama 12MP BSI dengan pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 8MP.

Huawei Nova Lite ini juga hadir dengan EMUI 5.0 ( Android 7.0 Nougat), slot microSD, sensor capjari dibahagian belakang, Wi-Fi 802.11b/g/n dan Bluetooth 4.1.

Huawei Nova Lite kini boleh dibeli melalui wakil pengedar sah Huawei Malaysia dan juga melalui rakan penjualan online Lazada Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.