Samsung akan mengekalkan saiz skrin Galaxy S9 dan S9+ seperti pada S8 dan S8+
Samsung Galaxy Note8 telah disahkan akan dilancarkan pada penghujung bulan Ogos dan selepas itu Samsung mungkin sudah boleh memfokuskan kepada pembangunan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang dijangka akan meneruskan kejayaan S8 dan S8+.
Laporan terbaru daripada pakar didalam industri mendakwa Samsung bercadang untuk mengekalkan ukuran panel skrin yang sama seperti pada S8 dan S8+.
Sebagai rekod Samsung Galaxy S8 hadir dengan panel berukuran 5.77-inci manakala S8+ pula memiliki panel berukuran 6.22-inci.
Skrin paparan ini sudah pastinya akan dikenali sebagai skrin Infinity Display dan antara penambahbaikan yang mungkin ditawarkan pada model S9 dan S9+ adalah pengunaan sensor capjari terbina didalam skrin.
Selain itu, Samsung Galaxy S9 dan S9+ dijangka akan mengikut jejak langkah Galaxy Note8 dengan penawaran teknologi dwi-kamera.