Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note FE kini dijual di Korea Selatan – RM 2,619

Samsung Galaxy Note FE kini dijual di Korea Selatan - RM 2,619 1
Selepas diumumkan secara rasmi, Samsung Galaxy Note Fan Edition kini telah mula dijual di pasaran Korea Selatan dengan harga penjualan KRW699,600 (RM 2,619)  dan sebagai permulaan, hanya 400,000 unit Note FE akan ditawarkan.

seperti yang kami pernah laporakan sebelum ini, Galaxy Note FE adalah secara asanya merupakan Galaxy Note7 namun dengan kapasiti bateri yang lebih kecil selain penawaran Android 7.0 Nougat.

Samsung Galaxy Note FE kini hadir dengan bateri berkapasiti 3,200mAh yang mana ianya lebih kecil berbanding bateri 3,500mAh yang digunakan pada Note 7 dan bateri baru ini juga telah melalui ujian kualiti bateri 8-fasa.

Samsung Galaxy Note FE ini ditawarkan melalui tiga syarikat telekomunikasi korea iaitu SK Telekom, Korea Telekom dan LG Uplus.

Selain itu, harus juga kami perkatakan bahawa harga penjualan Galaxy Note FE adalah 30% lebih murah berbanding harga penjualan Galaxy Note 7.

Samsung Galaxy Note FE kini dijual di Korea Selatan - RM 2,619 2 Samsung Galaxy Note FE kini dijual di Korea Selatan - RM 2,619 3 Samsung Galaxy Note FE kini dijual di Korea Selatan - RM 2,619 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.