Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note FE mula dibuka untuk tempahan

Samsung Galaxy Note7 yang diperbaharui iaitu Galaxy Note FE nampaknya akan dilancarkan pada 7 Julai imi iaitu seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Pengesahan rasmi ini telah diberikan oleh syarikat telekomumikasi LG Uplus yang merupakan anak syarikat LG Corporation (melalui FB).

Walaupun telah memadam post tersebut, GSMArena berjaya menyimpan gambar tersebut dan LG Uplus telah turut mendedahkan bahawa tempahan kini telah dibuka iaitu sehingga sehari sebelum penjualan rasmi bermula.

Selain itu, LG Uplus juga telah mula meletakkan poster Note FE ini dikedai fizikal mereka.

Buat masa ini, Samsung masih belum memgeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kewujudan telefon pintar namun syarikat ini dilaporkan menyasarkan untuk menjual sekitar 400,000 unit Galaxy FE

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.