Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V5s dilancarkan di Malaysia pada harga RM1299: Vivo memperkenalkan Joyce Chu sebagai Ikon Perfect Selfie Baharu!

Vivo V5s dilancarkan di Malaysia pada harga RM1299: Vivo memperkenalkan Joyce Chu sebagai Ikon Perfect Selfie Baharu!

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V5s, telefon pintar dengan fungsi swafoto yang akan memberikan pengalaman swafoto yang anda sentiasa inginkan.

Kata Ketua Pengarah Urusan vivo Malaysia, Mike Xu: “Dalam masa tiga bulan pertama untuk tahun 2016-2017, vivo telah meraih jualan yang bagus. Pada masa ini vivo menguasai 12 peratus jumlah pasaran di Malaysia, dan mencapai tangga ke-empat pasaran tempatan. Kami juga mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 300% dari tahun lepas.”

Tahun lalu, vivo V5/V5 Plus telah menerima sambutan yang hangat dari orang ramai selepas pelancarannya. Model ini telah menjana angka jualan yang memberangsangkan, dan telah membantu menaikkan nama vivo ke tangga ke-empat di pasaran telefon pintar Malaysia. Tahun ini, Perfect Selfie berwajah baru –  vivo V5s hadir di pasaran!

Sebagai pengganti vivo V5, model vivo V5s kini mempunyai rekaan badan unibody besi yang bergaya, dimana bahagian sisi dan belakang bertemu di permukaan belengkung tanpa kelim. Ianya juga mempunyai garisan-garisan berbentuk-U yang elegan, menjadikan telefon pintar ini seronok untuk dipegang di dalam tangan.

Dengan hashtag #PerfectSelfie, vivo V5s tersohor dengan fungsi kamera hadapannya. Kamera swafoto ini dilengkapi dengan sensor IMX376 20-megapiksel dengan apatur f/2.0, dan ciri Selfie Spotlight terkini yang menghasilkan efek cahaya studio fotografi, yang membolehkan pengguna untuk merakam kecantikkan diri mereka di dalam apa jua keadaan. Kamera ini telah direka bersama dengan Sony dan menjanjikan gambar yang diambil jelas, terang dan menyerlah dengan setiap imej.

“Kamera hadapan V5s dengan sensor 20 megapiksel memberikan konsumer pengalaman swafoto yang tiada tandingan, dan menobatkan telefon pintat ini sebagai telefon swafoto terpilih untuk penggemar swafoto. Setiap hari lebih daripada 10 juta swafoto yang diambil di seluruh dunia diambil dengan V5,” kata Winton Wu, Pengurus Produk Antarabangsa vivo.

Tambahan pula, vivo V5s hadir dengan mod Face Beauty 6.0. Mod ini telah direka berdasarkan kaji selidik daripada 1000 pengguna. Ianya boleh secara automatik mengubah ketetapan mengikut situasi. Mata anda boleh menjadi lebih berkilau dan kulit muka anda akan menjadi lebih cerah. Swafoto yang menawan ini akan menyerlahkan kecantikkan anda di khalayak ramai. Tiga fungsi baru telah ditambah – mengilap, mencerah dan tona kulit – Face Beauty 6.0 boleh memenuhi keperluan pengguna yang lebih khusus dalam pelbagai situasi berlainan.

vivo V5s juga menambahkan mod Group Selfie. Fungsi ini membolehkan anda mengambil swafoto berkumpulan dalam mod portret, dan juga efek panning landskap panorama boleh digunakan pada masa yang sama. Tangkap kesemua rakan anda dalam swafoto – tanpa meninggalkan sesiapa pun.

Di belakang vivo V5s pula terletaknya kamera 13-megapiksel f/2.2 yang meyokong sistem Phase Detection Auto Focus dan juga flash LED. Anda kini boleh merakam setiap detik dengan keperincian yang tinggi. Kamera belakang ini juga boleh mengambil beberapa gambar dengan pantas, dang menggabungkannya untuk menghasilkan imej Ultra HD 52-megapiksel yang mengagumkan.

vivo menggunakan paparan 5.5-inci HD untuk V5s yang dilindungi oleh kaca 2.5D melengkung Gorilla Glass dari Corning. Ia mempunyai badan yang langsing, berukuran 153.8×75.5×7.55mm dan hanya seberat 154 gram.

Untuk keselamatan data anda, vivo telah meletakkan pengimbas cap jari di bahagian hadapan   vivo V5s. Ianya sungguh pantas, anda boleh mengakses telefon anda dalam masa 0.2 saat sahaja!

Telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan 64-bit Mediatek MT6750 lapan teras yang menjimatkan kuasa sambil dikuasakan juga dengan GPU Mali-T860 MP2 yang dibina khusus untuk aplikasi permainan mudah-alih. Untuk memori, vivo V5s disokong oleh 4GB RAM dan juga 64GB storan dalaman, yang boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 256GB.  vivo V5s akan memberikan anda kebebasan untuk ke mana sahaja, dengan bateri 3,000 mAh yang besar dan tahan sepanjang hari.

Sistem operasi FunTouch 3.0 yang berdasarkan Android 6.1 Marshmallow digunakan oleh vivo V5s, yang memberikan telefon pintar ini kuasa untuk menjalankan apa jua aplikasi yang diinginkan.

Tambahan pula, vivo V5s juga mempunyai fungsi App Clone yang membolehkan anda menjalani dua kehidupan di dalam telefon anda. Ia membenarkan anda mempunyai dua akaun sosial media untuk digunakan secara serentak. Aplikasi yang disokong App Clone termasuklah Whastapp, Line, WeChat, BBM, Zalo dan Viber untuk akaun-akaun yang berasingan digunakan dengan serentak. Ini sangat mudah bagi mereka yang mempunyai beberapa akaun media sosial berasingan tanpa bersusah untuk membawa telefon kedua.

Cip AK4376 Digital Analog Converter (DAC) gred audiophile terbina di dalam  vivo V5s adalah permulaan perjalanan  vivo ke dunia audio berkualiti tinggi. Bukan sahaja cip audio ini memberikan pengalaman audio yang terbaik, tetapi ianya juga memberikan pengalaman seakan DAC kompak beserta amplifier fon kepala digunakan secara serentak. . Ia juga mampu menghasilkan semula prestasi akustik asal dengan keupayaan menghasilkan prestasi yang lebih baik dalam semua jalur boleh didengar di dalam lingkungan -100bB dari bunyi yang asal..

Anda tidak perlu risau untuk berhubung dengan dunia luar dengan vivo V5s – ianya tersedia dengan dua slot SIM yang menyokong sambungan 4G LTE berserta dengan Wi-Fi, Bluetooth, GPS, bicu audio 3.5mm dan lain-lain sambungan penting.

Tahun ini, vivo telah mencapai rekod jualan yang besar pada suku tahun pertama sejak melantik Dato Siti Nurhaliza sebagai duta vivo. Sebagai artis paling terkenal di Malaysia, Dato Siti Nurhaliza telah membantu untuk memberikan impak yang besar untuk jualan produk vivo di Malaysia.

vivo juga telah mengumumkan perlantikkan Joyce Chu sebagai duta baru mereka untuk vivo V5s pada acara yang sama. vivo akan akan menganjurkan pelbagai aktiviti menampilkan duta swafoto vivo yang baru dilantik sepanjang tiga bulan akan datang.

vivo V5s akan hadir di dalam tiga pilihan warna: Matte Black, Gold dan Rose Gold. Ianya boleh di pra-tempah dari 3 Mei 2017 dengan harga jualan RM 1,299 (termasuk GST). vivo v5s akan berada di pasaran secara rasmi pada 10 Mei 2017.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.