Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017

Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017 1Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017

Hari ini, Huawei telah secara rasminya melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka, iaitu Huawei P10 dan P10 Plus.

Kedua-dua peranti ini membawakan evolusi rekaan dengan mengekalkan elemen rekaan Huawei sebelum ini. Mereka hadir dengan binaan berasaskan logam, dan ia tidak memerangkap kesan cap jari pada kerangka, menjadikan ia lebih menarik.

Buat kali pertama, Huawei memperkenalkan peranti mereka dalam warna hijau dan biru hasil kerjasama dengan pihak Pantone Color Institute. Selain itu, pilihan warna yang terdapat untuk peranti-peranti siri P ini termasuk hitam, putih, merah jambu dan emas.

Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017 2Huawei P10 dengan P10 Plus mempunyai penawaran yang sama seperti pemproses lapan teras Kirin 960 serta dengan menggunakan sistem operasi EMUI 5.1 berasaskan Android Nougat 7.0.

Pengimbas cap jari mereka dipindah ke bahagian hadapan. Pengimbas cap jari ini turut hadir dengan fungsi dinamakan Smart Touch yang memudahkan anda bernavigasi dengan mudah melaluinya.

Lebih-lebih lagi, Huawei turut menyertakan sokongan kalis percikkan air pada telefon pintar Huawei P10 dan P10 Plus.

Fungsi rakaman gambar sekali lagi dijadikan fokus utama untuk telefon pintar siri P Huawei ini. Huawei bekerjasama dengan Leica untuk bahagian kamera belakang dengan menyertakan kamera belakang gabungan 20-megapixel (mono) dan 12-megapixel RGB.

Huawei turut menggunakan lensa Leica SUMMILUX-H Lens (F1.8) pada Huawei P10 Plus, dan dikatakan menawarkan sokongan zoom hibrid sehingga 2 kali. Sokongan penstabilan imej optikal dan auto-fokus turut disertakan pada kedua-dua telefon pintar ini.

Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017 3

Kamera hadapan Huawei P10 ini menggunakan kamera Leica hadapan dengan aperture F1.9, dan menawarkan rakaman yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 menawarkan skrin bersaiz 5.1-inci dengan paparan 1080p, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Huawei P10 Plus pula dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci paparan WQHD, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan bateri bersaiz 3,750mAh.

Huawei P10 dan P10 Plus dilancarkan di MWC 2017 4

Di samping itu, Huawei juga menyatakan bahawa Huawei P10 adalah telefon pertama di dunia yang hadir dengan sokongan rangkaian 4.5G. Ini bermaksud ia menawarkan sambungan rangkaian yang sangat kuat pada bila-bila masa melalui teknologi 4×4 MIMO.

Huawei turut menyertakan fungsi Huawei Super Charge pada kedua-dua peranti Huawei baru ini, dan sekali pengecasan penuh membolehkan peranti ini digunakan untuk tempoh sekitar 1.8 hari.

Harga jualan untuk Huawei P10 di pasaran Eropah adalah EUR649 (~RM3,043). Sementara itu, Huawei P10 Plus dengan penawaran 6GB RAM + 64GB ROM dijual pada  EUR699 (~RM 3278), manakala versi 6GB RAM + 128 GB ROM pula berharga EUR799 (~RM 3,746).

Huawei menyasarkan untuk menjualnya bermula bulan Mac 2017 kelak. Ia turut akan memasuki pasaran Malaysia pada 8 Mac.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.