OPPO R9S dengan penawaran kamera Sony IMX398 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798
OPPO R9S dengan penawaran kamera Sony IMX398 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798
OPPO Malaysia telah melancarkan produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu OPPO R9s. Telefon pintar ini memfokuskan kamera belakang yang menggunakan Sony IMX398 yang turut dibangunkan Oppo, menghasilkan gambar yang kurang Noise dan memfokus dengan pantas.
Dari segi spesifikasi, OPPO R9S ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh dengan kaca Gorilla Glass 5, ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 625 lapan teras dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128GB.
Bateri peranti ini bersaiz 3,010mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC, dimana pengecasan selama 5 minit dapat memberikan tempoh operasi selama 2 jam. Ia dikatakan boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh. Oppo R9s juga mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang Home.
Untuk rakaman gambar, kamera belakang ia menawarkan 16MP dengan aperture besar f/1.7 yang disokong oleh teknologi Dual PDAF. Kamera hadapan juga mempunyai 16 megapixel untuk mengambil gambar selfie yang cantik.
Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan Color OS 3.0. Peranti ini terdapat dua pilihan warna iaitu Emas dan juga Ros Emas. Ia akan mula dijual pada 14 Januari 2017 pada harga RM 1,798.
Pra tempahan untuk OPPO R9S ini bermula hari ini sehingga 13 Januari menerusi laman rasmi Oppo Malaysia. Selain itu, ia juga turut dijual menerusi rakan kerjasama seperti Maxis, Celcom, Lazada, 11Street serta acara jerayawaranya di Plaza Lowyat & VivaCity Megamall Sarawak pada 14 Januari 2017.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web OPPO untuk mengetahui lebih mengenainya.