Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 3 Max 5.5 inci kini dijual di Malaysia pada harga RM999

ASUS-ZenFone-3-Max-ZC553KLAsus Zenfone 3 Max 5.5 inci kini dijual di Malaysia pada harga RM999

Asus Malaysia telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru untuk keluarga Asus Zenfone 3 iaitu Zenfone 3 Max yang hadir dengan skrin 5.5 inci.

Peranti ini menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan HD Penuh dan kaca 2D. Ia dijanakan oleh pemproses  Qualcomm Snapdragon 430 dengan memori 3GB RAM dan 32GB ruangan storan yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel dengan teknologi TriTech Auto Fokus serta EIS. Kamera depan pula dilengkapi sensor 8MP. Bateri peranti ini bersaiz 4,100 mAh. Ia juga menpunyai pengimbas capjari di bawah kamera belakang.

Zenfone 3 Max ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM999. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Asus Malaysia.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.