Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Gear S3 akan masuk pasaran Malaysia pada bulan Disember dengan harga bermula dari RM1399?

gears3Samsung Gear S3 akan masuk pasaran Malaysia pada bulan Disember dengan harga bermula dari RM1399?

Samsung Malaysia akan memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, Samsung Gear S3 untuk pasaran tempatan pada bulan Disember nanti.

Mengikuti laporan dari media tempatan, Samsung Gear S3 ini akan dijual pada harga bermula dari RM1399 di Malaysia paling cepat pada minggu pertama bulan Disember 2016 ini.

Samsung Gear S3 terdapat dua variasi, iaitu Gear S3 Frontier dan juga Gear S3 Classic. Kedua-duanya hadir dengan rekaan muka-jam bulat dan menjalankan sistem operasi Tizen serta menyokong pelbagai peranti Android.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 1.3-inci Super AMOLED pada resolusi 360×360 dengan teknologi Corning Gorilla Glass SR+. Ia dijanakan oleh cip pemprosesan dwi-teras 1.0Ghz, memori 768MB dan ruangan storan 4GB.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.