Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V5 diperkenalkan di Malaysia dengan penawaran 20MP kamera hadapan dan dijual pada harga RM1,299

DSC01545

Vivo V5 diperkenalkan di Malaysia dengan penawaran 20MP kamera hadapan dan dijual pada harga RM1,299

Hari ini, Vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka yang dipanggil sebagai Vivo V5 di pasaran Malaysia. Di samping pelancaran Vivo V5 ini, Vivo Malaysia turut  mengumumkan duta untuk produk ini, iaitu Siti Nurhaliza.

DSC01563-683x1024
Walaupun Siti Nurhaliza lama tidak memunculkan diri di tempat awam, tetapi selepas Vivo memperkenalkan Siti Nurhaliza sebagai duta peranti Vivo V5 ini, wartawan media yang hadir di acara itu bergegas untuk mengambilkan gambar Dato Siti!

Suasana tempat kejadian pada masa itu amat meriah sekali dan telah naik ke tahap yang paling tinggi bagi acara tersebut.
vivo-v5-smartphone-jpg-pagespeed-ce_-8wu0wcih8z

Vivo V5 ini memfokuskan pada kamera selfie yang menawarkan sensor 20-megapixel yang turut hadir dengan sokongan pencahayaan yang Vivo panggil sebagai softlight. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan lampu LED untuk rakaman gambar.

photo958127004269520944-1024x576

Dari segi spesifikasi, Vivo V5 dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijanakan oleh pemproses MediaTek MT6750, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 128GB. Bateri peranti ini bersaiz 3000mAh. Vivo turut menyertakan sokongan HiFi untuk audio peranti ini.

received_10154631427464564

Vivo V5 akan dijual di Malaysia pada harga RM1299 bermula 26 November 2016 ini. Sementara itu, Vivo akan melancarkan Vivo V5 Plus pada bulan December kelak.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.