Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO R9S dan R9S Plus diperkenalkan di pasaran China, harga bermula dari RM 1,734

OPPO R9S dan R9S Plus diperkenalkan di pasaran China, harga bermula dari RM 1,734 1

oppo-r9s-01OPPO R9S dan R9S Plus diperkenalkan di pasaran China, harga bermula dari RM 1,734

OPPO telah melancarkan R9S dan R9S Plus di China yang menawarkan sensor kamera IMX 398 yang berkualiti tinggi.

OPPO R9S hadir dengan skrin 5.5 inci paparan resolusi 1080p, dijanakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 625 serta dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB. R9S Plus pula dilengkapi skrin 6 inci dengan paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Snapdragon 653 disertakan dengan memori 6GB RAM dan 64GB.

oppo-r9s-02

Fokus utama bagi OPPO R9S dan R9S Plus adalah kamera belakang di mana kedua-duanya hadir dengan kamera 16 megapixel yang menggunakan sensor Sony IMX 398. Ia turut disokong oleh sistem penstabilan imej elektronik dengan flash LED. OPPO R9S Plus pula hadir dengan sokongan sistem penstabilan imej optik.

Untuk kamera depan pula, kedua-dua peranti menggunakan kamera 16MP untuk gambar selfie. OPPO R9S dijana oleh bateri bersaiz 3,010 mAh, manakala OPPO R9S Plus menggunakan bateri berkapasiti 4,000mAh. Kedua-dua peranti ini menyokong sistem pengecasan pantas VOOC serta pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

oppo-r9s-03

OPPO R9S akan dijual pada harga CNY2,799 (kira-kira RM 1,734), manakala R9S Plus pula berharga CNY3,499 (kira-kira RM 2,168).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.