Honor 6X dengan dwi kamera belakang dilancarkan di China pada harga bermula dari RM622
Honor 6X dengan dwi kamera belakang dilancarkan di China pada harga bermula dari RM622
Honor telah memperkenalkan produk-produk baru mereka pada acara khas di China baru baru ini. Peranti yang dilancarkan termasuk telefon pintar berspesifikasi pertengahan iaitu Honor 6X yang menawarkan sokongan dwi kamera belakang.
Honor 6X ini mempunyai rekaan badan logam dan dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan 2.5D beresolusi 1080p. Ia dijanakan oleh pemproses Kirin 655 dan terdapat tiga pilihan memori dan storan seperti berikut: 3GB RAM+32GB storan, 4GB RAM + 32GB storan serta 4GB RAM + 64GB storan. Semua variasi boleh diperluaskan dengan sokongan kad mikroSD. Bateri peranti ini bersaiz 3,340mAh yang menyokong pengecasan pantas.
Dwi-kamera pada bahagian belakang merupakan fokus utama peranti ini dengan sensor 12-megapixel PDAF dan juga sensor 2-megapixel pada bahagian bawah. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 8-megapixel.
Di panel belakang turut disertakan dengan sebuah pengimbas cap jari, dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Operasi sistem yang digunakan oleh Honor 6X ini adalah pelancar EMUI 4.1 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.
Harga untuk versi 3GB RAM+ 32GB storan adalah CNY999 (sekitar RM 622), manakala versi 4GB RAM + 32GB storan dijual pada harga CNY 1,299 (sekitar RM 808) dan versi 4GB RAM + 64GB storage berharga CNY 1,599 (kira-kira RM 995).
Pilihan warna untuk Honor 6X ini termasuk emas, Perak, kelabu, biru dan ros emas. Penjualan rasmi untuk Honor 6X bermula pada 25 October.