Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perbandingan harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus antara Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile!

Perbandingan harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus antara Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile! 1

iphone-7-iphone-7-plus-01Perbandingan harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus antara Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile!

Hari ini, empat syarikat telekomunikasi tempatan iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile telah membuka pra-tempahan untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

iphone-7-iphone-7-plus-02

Kedua-dua model iPhone 7 dan iPhone 7 Plus boleh didapati bersama dengan pelan pascabayar MaxisONE 128, MaxisONE 158 dan MaxisONE 188 untuk kontrak selama dua tahun. Walaubagaimanapun, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus tidak terdapat dalam program Maxis Zerolution.

iphone-7-iphone-7-plus-03

Pelan MaxisONE 128 terdapat data internet 10GB, manakala MaxisONE 158 dan 188 menawarkan data internet sebanyak 15GB dan 20GB. Semua pelan-pelan pascabayar MaxisONE di atas datang dengan panggilan dan SMS tanpa had, serta 5GB data internet untuk video streaming.

Selain itu, Maxis turut akan mengirimkan peranti yang dipra-tempah dalam 24 jam.

iphone-7-iphone-7-plus-04

Bagi pengguna Celcom, anda boleh membuat tempahan di kedai Blue Cube terdekat atau Blue Cube Online untuk membuat pra-tempahan untuk iPhone 7 atau iPhone 7 Plus. Harga bagi kedua-dua peranti Apple terbaru ini untuk pelan pascabayar Celcom adalah seperti berikut:

iphone-7-iphone-7-plus-05

Celcom menawarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan pelan First Gold dan First Platinum. Pelanggan yang ingin membeli iPhone 7 dengan pelan First Gold, harga iPhone 7 bermula dari RM 2,058. Pelanggan perlu membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM 700 bagi kedua-dua peranti Apple dengan bayaran bulanan sebanyak RM 98.

Bagi Celcom First Platinum pula, pengguna boleh mendapati iPhone 7 dari RM 1,688. Untuk pelan ini, pengguna dikehendaki membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM 1,100 bagi kedua-dua peranti dengan bayaran bulanan sebanyak RM 150. Jika anda adalah pengguna Celcom, bayaran pendahuluan boleh dikecualikan.

Coloured No BG with Shadow

DiGi hanya menawarkan pelan Digi 148 untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, di mana pengguna boleh memilih pelan yang mempunyai lebih data internet atau pelan dengan panggilan dan SMS tanpa had pada bayaran bulanan sebanyak RM 148. Harga iPhone 7 dan 7 Plus adalah seperti di bawah:

iphone-7-iphone-7-plus-07

DiGi turut akan menawarkan 5GB data internet tambahan kepada pengguna setiap bulan untuk pakej Digi 148. Pelan internet lebih banyak mempunyai data sebanyak 19GB untuk sebulan, manakala pelan dengan panggilan dan SMS tanpa had akan mendapat 15GB data bulanan. Kedua-dua pakej Digi 148 ini datang dengan penggunaan Whatsapp dan Wechat tanpa had, serta Digi Music Freedom tanpa had.

iphone-7-iphone-7-plus-08

U Mobile turut menawarkan pelan pascabayar terendah untuk iPhone 7 serendah RM40 sebulan. Pengguna boleh mendapatkan iPhone 7 dari RM 2,760 (termasuk bayaran muka RM 240). Pra-tempahan iPhone 7 dan 7 Plus untuk U Mobile adalah seperti berikut:

iphone-7-iphone-7-plus-09

Di samping itu, U Mobile juga menawarkan pelbagai skim pinjaman di bawah pelan ansuran UPackage. Ia boleh didapati dengan pelan i90 dan i130, telefon boleh dibiayai dari serendah RM 88 sebulan bagi tahun pertama untuk Apple iPhone 7 atau RM 108 bulanan untuk iPhone 7 Plus. Berikut adalah cara pembayaran untuk pelan ansuran Upackage:

iphone-7-iphone-7-plus-10

Secara keseluruhannya, U Mobile adalah telco yang menawarkan pelan pascabayar yang terendah di Malaysia dengan bayaran bulanan hanya RM 40 untuk iPhone 7 atau iPhone 7 Plus.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli iPhone 7 atau iPhone 7 Plus melalui syarikat telekomunikasi tempatan di atas, anda boleh mengikuti artikel ini untuk memilih iPhone yang sesuai dengan pelan yang terdapat di atas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.