Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo memperkenalkan Vivo X7 dengan warna Obsidian Black yang berharga RM 1,737

vivo-x7-obsidian-black 7 Vivo memperkenalkan Vivo X7 dengan warna Obsidian Black yang berharga RM 1,737

Selepas Apple melancarkan iPhone 7 dengan warna Jet Black, Vivo turut memperkenalkan Vivo X7 dengan warna Obsidian Black yang lagi gelap daripada iPhone 8 Jet Black bagi menambahkan lebih pilihan warna untuk pelanggan.

Dari segi spesifikasi, Vivo X7 hadir dengan pemproses Snapdragon 652, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Vivo X7 mempunyai skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Super AMOLED HD Penuh.

Kamera hadapan Vivo X7 adalah 16-megapixel f/2.0, manakala kamera belakang X7 pula menggunakan 13MP f/2.2 dengan sokongan teknologi PDAF serta serta lampu flash LED.

Peranti ini menggunakan modul dwi-SIM yang menyokong Cat.7 4G LTE, Bluetooth 4.1 dan juga pengimbas cap jari termaktub dalam butang Home di depan.

Vivo X7 bateri berkapasiti 3,000mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Ia dijual di pasaran China pada harga runcit CNY 2,798 (sekitar RM1,737).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.