Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 September!

honor-8-sapphire-blue

Honor 8 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 September!

Selepas Honor melancarkan Honor 8 di Amerika Syarikat, Paris dan Sweden, kini giliran Honor Malaysia untuk memperkenalkan Honor 8 untuk pasaran tempatan.

MobileFokus baru sahaja menerima jemputan untuk menghadiri acara pelancaran Honor 8 pada 6 September 2016.

Brooklyn Beckham Poster

Peranti ini dijanakan oleh cip Huawei tersendiri yang berspesifikasi tinggi iaitu Kirin 950. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1.

Honor 8 dilengkapi dengan skrin LTPS yang bersaiz 5.2 inci dengan paparan HD penuh. Ia datang dengan kaca 2.5D yang terletak di atas skrinnya.

Telefon pintar yang terbaru dari Honor ini juga datang dengan dua memori dan ruangan storan untuk pilihan, iaitu: 4GB RAM/32GB storan atau 4GB RAM/64GB storan. Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan Kad MikroSD sebesar 128GB.

Fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam Honor 8 ini termasuk NFC untuk penggunaan Huawei Pay. Turut hadir dalam peranti ini ialah sokongan IR blaster bagi menguruskan alat kawalan jauh di rumah.

Untuk rakaman gambar, ia menawarkan dwi-kamera 12-megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dan kamera hadapan adalah 8-megapixel f/2.4.

Honor 8 menggunakan bateri bersaiz 3,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 9V2A. Pengukuran badan Honor 8 ialah 145.5 x 71.0 x 7.45 mm dan beratnya 153g.

Seperti peranti-peranti Huawei dan Honor lain yang berspesifikasi tinggi, Honor 8 turut dilengkapi dengan pengimbas caj jari pada panel belakang.

Sebelum ini, MobileFokus telah melaporkan bahawa harga runcit Honor 8 versi 32GB adalah RM1699, manakala versi 64GB pula berharga RM1,899.

Adakah Honor 8 akan menjadi telefon pintar impian anda pada harga tersebut di atas?

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.