Samsung Malaysia menangguhkan pelancaran Galaxy Note 7 ke bulan September 2016
Samsung Malaysia menangguhkan pelancaran Galaxy Note 7 ke bulan September 2016
Samsung Galaxy Note 7 merupakan telefon pintar utama terbaru dari Samsung. Kini disebabkan oleh kekurangan stok pada peringkat global, Samsung Malaysia terpaksa meangguhkan pelancaran Samsung Galaxy Note 7 ke September 2016.
Sebelum ini, Galaxy Note 7 ini dijadualkan untuk dilancarkan di pasaran tempatan pada minggu hadapan, 19 Ogos 2016.
Walaubagaimanapun, pihak Samsung Malaysia telah menyatakan bahawa mereka akan menepati janji untuk pembeli yang membuat pembelian melalui pra-tempahan dan menghantar unit Galaxy Note 7 kepada mereka pada tarikh yang dijanjikan.